Friday, 10 June 2011

Adakah kerana sakit hati maka Haji Hadi umumkan PAS nak jadikan Malaysia negara kebajikan bukan lagi negara Islam?

Haji Hadi pernah ditegur dan dihalang oleh Nik Aziz apabila bersetuju untuk buat kerajaan perpaduan dgn UMNO...Ustaz Nasha memang bersama dgn Haji Hadi, bahkan kerana Ustaz Nasha agak pro kepada perpaduan juga lah satu ketika dulu Nik Aziz sampai sanggup menyuruh Ustaz Nasha masuk UMNO! Ustaz Nasha pernah di anggap sampah! Nik Aziz mengambil keputusan meletakan calun saudara dia sendiri Tuan Ibrahim untuk meminggirkan Ustaz Nasha yg juga orang Haji Hadi kerana bimbang kan Ustaz Nasha akan menang jika berlawan dua penjuru sahaja dgn Mat Sabu! setelah Mat Sabu masuk gelanggang untuk jawatan Tim.Presiden...akhirnya kerana pertelingkahan Haji Hadi dan Nik Aziz, Mat Sabu yang mendapat tahta Tim.Presiden PAS! kesian kat Tuan Ibrahim yg semua orang tau dia tidak akan masuk gelanggang kecuali arahan Nik Aziz! Ustaz Nasha semua orang tau memang Nik Aziz dah lama tak suka kan dia! ada kemungkinan juga atas kekeciwaan ini lah maka Haji Hadi mengumumkan PAS telah mengubah haluan untuk menjadikan malaysia negara kebajikan! Nik Aziz dikeciwakan secara halus oleh Haji Hadi! Haji Hadi tau nik Aziz tidak mampu menghalangnya dalam hal ini sebab mak Sabu memang tak Sesuai untuk menjadi pejuang untuk negara Islam! dan Mat Sabu tau Nik Aziz memang nak mengerat dia dari menang Tim.presiden PAS! walaupun kerana Nik Aziz lah Mat Sabu selamat dalam kes khalwatnya dulu tetapi Nik Aziz tidak mungkin sanggup nak meletak Mat Sabu sebagai orang no2! mana mungkin orang yg sudah tercalar moralnya nak dijadikan Tim.Presiden?...mungkinkah ini pembalasan dendam secara halus sesama mereka yg di panggil ulama....apapun ini lah yg kita nampak hasil daripada pertandingan dalam PAS baru2 ini.....Mat Sabu juga tau dia juga bukan orang Presiden! dalam PAS sudah jelas kelihatan Presiden, Timbalan Presiden dan mursidur Am nya memang tak sehaluan! kita lihat nanti sampai bila rahsia tidak sefahaman ini mampu bertahan! negara Islam sudah menjadi kenangan..akar umbi hanya mampu mengeleng2kan kepala nya sahaja! Nik Aziz pening memikirkan macam mana nak mengembalikan semula imej PAS yg mengutamakan Islam, setelah harapan itu di hempas Haji Hadi! Melayu dan Islam sudah tidak boleh mengantung harap kepada PAS...