Tuesday 26 April 2011

Bukit Merah yang di Marahkan!

Lupus torium: Tiada masalah kesihatan dilaporkan di Bukit Merah

26/04/2011 6:42pm

KUALA LUMPUR 26 April — Dakwaan bahawa orang awam di Bukit Merah, Perak menghadapi masalah kesihatan iaitu penyakit kanser sehingga menyebabkan kematian ekoran projek pelupusan sisa torium yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi di situ, adalah tidak tepat dan diperoleh daripada sumber yang tidak pasti kesahihannya.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, tahap kesihatan terkini di kawasan tersebut adalah selamat dan tidak membahayakan pekerja, orang awam dan tidak mencemarkan alam sekitar.
"Sepanjang projek pelupusan sisa torium dan bahan-bahan tercemar yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi ini sejak 2003, didapati tiada sebarang pencemaran, kemalangan, atau insiden berlaku.
"Setakat ini Lembaga Perlesenan Tenaga Atom belum pernah menerima laporan berkenaan pekerja yang menghidap kanser atau sebarang masalah kesihatan yang boleh dikaitkan dengan sinaran radioaktif daripada aktiviti pelupusan tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Negara hari ini. — Bernama

No comments:

Post a Comment