Sunday 24 April 2011

Kenapa saya tidak membantah projek Lynas di Gebeng kuantan!

Ini perkara asas yg menyebabkan penduduk bercanggah pendapat tentang projek Lynas di gebeng! bila ada bantahan yg di dalangi oleh pembangkang dan maka kerajaan membuat teklimat awam untuk rakyat memahami! kepada saya mudah..salah kita terima lah benda tu salah! tapi kalau betul kita terima lah ianya betul! kenapa nak spin lagi! sebab yg menyebabkan saya menerima ianya di teruskan berdasarkan fakta yg telah di bentangkan oleh pakar!


1) Ini bukan projek kilang nuklear
2) Rare earth yg di gebeng ada lah rendah dan radioaktifnya serendah radioaktif yg terdapat secara semula jadi di dataran tinggi dan disesetenggah kawasan di muka bumi.
3) Pelupusan sisa nya secara terancang dan oleh kerana bahan radioaktif nya rendah maka nya mampu di lupuskan.
4) rare earth yg di gebeng ini lansung tidak sama seperti yg di bukit merah yang mana bacaaan mSv/er jauh berbeza!
5) Kilang in ada lah sama seperti kilang2 yg dah lama ujud di gebeng.
6) penjelasan juga telah di beri secari berbukti dgn surat2 kelulusan daripada negara asal bahan ini Australia, china dan trengganu! tidak timbul kenapa negara lain menolak nya! mereka mempunyai sebab kenapa mereka tidak memilih China, trengganu dan juga Negara Australia sendiri! rare earth hanya bahan mentah dan tidak semestinya bahan mentah di proses di tempat ia di jumpai atau di ambil! sama lah bahan2 mentah yg lain!

walau apa pun saya ada mencadangkan supaya pihak yg tak bersetuju dengan fakta yg dibentang kan oleh pakar ini melantik perunding bebas yg juga pakar ttg radioaktif ini supaya jika fakta yg di keluarkan oleh perunding kerajaan yg terdiri pakar daripada IAEA dan juga alam sekitartidak betul maka ambil tindakan mahkamah untuk memberhentikan nya!
saya juga memaklumkan taklimat sebegini telah di buat hampir 2 tahun dulu di MS garden dan YB PR pun tau dan hadir!kenapa sekarang baru beriya2 nak membangkangnya!

Saya juga mempertikai kan tindakan mereka semasa taklimat yg bermotifkan politik sebab tujuan mereka datang bukan nak mendengar taklimat dan memahami fakta..tetapi datang untuk memprotes dan minta projek di batalkan! sasaran protes juga tidak betul..kenapa kepada pakar2 ini nak minta di batalkan mereka hanya lah pegawai kerajaan yg melaksanakan polisi yg di tetapkan! mereka bukan pembuat dasar! atas dasar apa mereka di boo dan ejek dan di sorak kalau bukan ini bertujuan politik?

saya juga ingin ingatkan bahawa penduduk kuantan berjumlah sekitar 300000 orang juga mengharapkan yg terbaik untuk mereka! kalau yg membantah itu hanya sekitar beberapa ribu sahaja atau ratusan sahaja sudah tentu lah bantahan dalam bentuk demonstrasi tidak akan berkesan! lebih baik bantah secara profesional dengan melantik juruperunding bebas! sekali lagi kita lihat ini demi politik!

Mereka mengambil tanda tangan bantahan penduduk kuantan dengan borang tertera nama YB pakatan rakyat dan mereka yg tak tahu menahu tentang hal ini pun di minta menanda tangani nya dengan alasan penduduk kuantan akan mati kerana kilang nuklear sedang di dirikan oleh kerajaan BN! air kita akan tercemar, lahir anak pra matang dsgnya dan berbagai ketakutan yg belum di bukti kan secara berfakta! maka mereka yg terpengaruh akan menanda tangani bantahan tersebut! tidak kah ni jelas mempolitikan isu untuk tujuan politik!

Kenapa setiap kali pakar memberikan fakta mesti ada jeritan dan boo kepada mereka! kenapa orang yg sama sekitar 200 orang mengikut taklimat ini walau di dimana ia di adakan untuk tujuan menyorak dan mengeboo penceramah dan orang yg sama akan bertanyakan soalan yg sama! tidak kah in bermotifkan politik setelah kita kenal pasti semua muka2nya ada lah ahli PR! kenapa ada yg seorang YB PR yg bertanyakan penceramah kenapa pelepasan cukai berganda di berikan kepada syarikat lynas? mereka adalah pakar atom sudah tentu mereka tidak akan menjawab nya! dan mereka menyorak pakar ini! bercerita tentang kacang, dia bertanya tentang beruk! tentu lah tidak tepat! sebagai YB soalan ini sepatut nya mereka tanya dalam dewan negeri! tidak kah ini bukti mempolitikkan isu?
saorang lagi yg di datangkan untuk bertanya telah menukar sessi soal jawab kepada ceramah politik dengan membuat tuduhan kerajaan rasuah dan mendapat tepokan yg hadir! apakah ini bukan lagi mempolitikkan projek ini? tanya lah hati sendiri dan jawab lah sendiri!

saya berjanji kalau mereka boleh membuktikan semua fakta oleh pakar2 IAEA dan alam sekitar itu salah oleh perunding bebas mereka, dan kerajaan kalah di mahkamah maka kita akan sokong dan akur!

perkara ini bukan perkara politik! ini ada lah soal kemanusiaan! dan kita hendak lah berlaku adil dengan semua pihak dalam segala tindakan kita! tanya lah diri sendiri wahai pemimpin PR di pahang! ada kah anda betul2 iklas dan tidak mempunyai motif politik dalam memperjuangkan perkara ini! dan yakin lah anda juga berdosa jika anda mempunyai muslihat dalam membuat bantahan ini! saya menyokong projek bukan kerana BN! saya membenarkan nya kerana fakta dari pakar2 tersebut kerana saya bukan pakar dalam bidang ini! wallahualam!

No comments:

Post a Comment